Kenapa orang Malaysia suka KPOP berbanding artis tempatan dan barat? Malah, penulis sendiri sukakan muzik korea berbanding temptan dan barat, sebenarnya banyak sebab kenapa orang Malaysia suka akan muzik KPOP. Penulis mula suka KPOP pada pertengahan tahun 2012 hingga kini. Artis KPOP yang paling diminati ialah Big Bang. Pada saya muzik mereka jauh berbeza dengan muzik KPOP lain yang saya pernah dengar.
Penulisan lirik yang digunakan sangat indah dan menepati rentak dan irama lagu. Pada pendangan saya bukan semua lagu KPOP enak didengar berbanding muzik barat tetapi sesetengah lagu KPOP mampu bersaing dengan muzik barat. Muzik KPOP banyak gunakan ‘electronic pop’ yang membuatnya catchy dan trend muzik masa kini.
Bukan muziknya sahaja yang menjadi pilihan malah tarianya juga turut menjadi ikutan. Jika diperhatikan tarian muzik KPOP bukanlah satu perkara yang sukar untuk dipelajari kerena lebih banyak ianya lebih banyak menggunakan gerakan tangan. Tariannya mudah dan itu yang membuatkan ianya menarik seperti tarian kuda Psy. Artis KPOP banyak mendapat inspirasi dari pelbagai perkara yang menarik. Contoh jelas tarian ‘jump rope’ Big Bang dan juga tarian pinggul Psy Gentleman.
Selain itu apa yang menarik minat saya terhadap KPOP adalah fesyennya yang sungguh menarik. Jika kita lihat fesyen KPOP, ianya sangat pelbagai. Baik lelaki atau perempuan, fesyennya sangat trendy dan up to date.
Bukan itu sahaja, artis KPOP juga sayang akan peminatnya. Lihat saja setiap kumpulan mempunyai gelaran masing-masing untuk peminat mreka. Big Bang-vip, BAP-babyz, EXO-exotic, 2NE1- blackjack dan banyak lagi. Artis KPOP juga mempunyai simbol atau light stick yang berbeza untuk para peminat mereka. Akhir sekali, pasti ramai yang setuju dengan saya jika saya katakan sebab meminati KPOP adalah kerana imej dan wajah mereka yang cute dan juga bersih. Walaupun imej mereka seperti perempuan tetapi apabila mereka on stage mereka sangat berkarisma.