Bagi anda yang meminati aktiviti lasak,anda boleh turut serta dalam rancangan realiti televisyen Fear Factor Malaysia musim kedua. Pada musim ini,seramai 16 orang pesertaakan digandingkan dengan16 selebriti dari Malaysia untuk merebut peluang memenangi hadiah utama bernilai RM200,000.
Antara selebriti yang bakal digandingkan adalah Shuib Sepahtu, DJ Nas-T, Thanuja, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar, Yana Shamsudin, , Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal. Di dalam siri ini, peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan dianggotai dengan lapan pasangan dan penyingkiran akan berlaku pada setiap episod. Dua pasangan terakhir di setiap kumpulan yang berjaya mengekalkan diri mereka di dalam permainan akan mara di pusingan yang terakhir. Empat pasangan tersebut, masing-masing akan berentap untuk membawa pulang hadiah Utama.
Anda boleh menghantar penyertaan anda selewat-lewatnya pada 25 Ogos 2013. Layari www.fearfactor.com.my untuk menghantar penyertaan anda.
Syarat Penyertaan :
- – Anda mesti berumur 18 tahun keatas
- – Anda mesti merupakan warganegara Malaysia ataupun Penduduk Tetap
- – Anda mesti berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang bagus. Jika anda dipilih untuk senarai pendek, anda mungkin akan diminta untuk mengekemukan sijil perakuan doktor yang mengesahkan bahawa anda sihat dan berkemampuan untuk mengambil serta dalam Fear Factor Malaysia.
- – Anda mesti fasih dalam Bahasa Malaysia
- – Jika anda dipilih, anda perlu memastikan yang anda boleh ke Afrika Selatan dari 26 September – 30 Oktober.
- – Jika anda dipilih, anda mungkin akan diminta untuk mengambil serta dalam acara promosi atau publisiti untuk Fear Factor Malaysia. Anda perlu menghadirkan diri untuk acara-acara ini.
- – Anda mesti mempunyai pasport yang sah dengan tempoh guna sehingga April 2014
- – Anda tidak boleh mempunyai rekod penjara atau bankrupsi.
- – Anda tidak boleh mempunyai kes mahkamah yang berterusan atau kes jenayah yang belum selesai.