tahukah anda hasil kajian yang dijalankan oleh www.VoucherCodesPro.co.uk, mendapati bahawa wanita hanya memakai satu perempat daripada kasut yang mereka beli. Ya,hanya 1/4 sahaja. Kalau seorang wanita mempunyai 36 pasang kasut, mereka hanya memakai 9 pasang sahaja dan yang selebihnya mereka akan simpan dan pakai hanya sekali sekala. Kajian yang melibatkan 2,352 wanita yang berumur lebih 18 tahun, mendapati bahawa wanita rata-ratanya mempunyai kira-kira 20 pasang kasut , namun mereka hanya memakai 5 daripada koleksi kasut mereka. ( Imelda Marcos dan Rosmah Mansor mungkin tiada dalam senarai kajian,hihi! )
Berikut adalah alasan utama kaum hawa beri tentang mengapa mereka mengabaikan kasut mereka dan hanya pakai 1/4 sahaja daripada koleksi kasut mereka
1. Terlalu selesa (terlalu ketat pada kaki / tumit terlalu tinggi) (64%)
2. Sukar untuk dipadankan dengan pakaian (55%)
3. Takut untuk rosak / sangat mahal (41%)
4. Telah diberikan sebagai hadiah dan tidak sukakannya (37%)
5. Tidak suka selepas beli (21%)
Kaji selidik itu mendapati bahawa 86 peratus daripada wanita mempunyai sekurang-kurangnya satu pasang kasut yang mereka tidak pernah dipakai. Dengan peruncit fesyen cepat menjual kasut dan terkini, tidak hairanlah wanita mempunyai simpanan kasut seperti simpanan stok tisu tandas di rumah.