Wah… Bukan main lagi pelakon lelaki yang popular dengan drama Sembilu ini. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil mengesahkan akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu.
Katanya, keputusan itu diambil setelah beliau mendapat sokongan padu daripada ahli di 191 bahagian pergerakan itu di seluruh negara untuk bertanding jawatan khususnya Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian.
Penglibatan penggiat seni dalam BN itu sekali gus memulihkan imej parti pemerintah itu yang dikritik teruk pembangkang pada PRU13 lalu yang memanipulasikan golongan artis untuk kepentingan politik pembangkang.Selain itu jelasnya, pembabitan penggiat seni dalam parti itu dapat menaikkan imej Umno di mata rakyat dengan menjadikannya sebagai alat propaganda untuk menarik minat masyarakat untuk kembali menyokong Umno-BN menjelang PRU14 akan datang.
Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan.
Kami pun lihat Zed Zaidi memang ada tokoh untuk menjadi pemimpin dan pembela nasib selebriti dan artis tempatan di Malaysia. Kami menyokong penuh penyertaan Zed Zaidi kerana memang wajar mereka yang bergiat aktif dalam dunia seni menjadi pemimpin biro kesenian..harapnya juga agar industri tempatan terutamanya filem akan bertapak jauh dan semakin maju serta BERKUALITI!