Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

“Up Close and Personal with Nick’ : Sertai ceramah motivasi Nick Vujicic pada 28 Ogos ini! Tempat adalah terhad

by Aida Sue
August 21, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Nick Vujicic 2

Berikutan kejayaan menganjurkan konsert apabila 100 orang kanak-kanak kurang bernasib baik membuat persembahan di dewan penuh penonton, Persatuan StART kini kembali melakukan khidmat bakti untuk komuniti.

Kali ini, Persatuan StART berjaya mendapatkan penceramah inspirasi antarabangsa, Nick Vujicic untuk menyampaikan ceramah di persidangan mereka. Terbuka kepada orang ramai tetapi terhad kepada 500 hadirin sahaja, Persatuan StART akan menjadi tuan rumah persidangan “Up Close and Personal with Nick’ (Ramah Mesra bersama Nick) pada 28 Ogos ini, jam 8 malam bertempat di Hilton Petaling Jaya.

IKLAN

Mendapat semangat setelah mengikuti ceramah Nick Vujicic di Universiti Sunway baru-baru ini, Josh Lee yang merupakan alumni di situ dan juga Pengarah Program Persatuan StART sedar bahawa sesungguhnya impian boleh menjadi kenyataan seandainya beliau dapat menarik Nick Vujicic untuk datang berceramah pada suatu program StART. Ini memandangkan ramai kanak-kanak kurang bernasib baik akan mendapat banyak manfaat daripada ceramah beliau. Kini impian ini bakal menjadi kenyataan.

Hasrat untuk segera mengundang Nick Vujicic datang berceramah menjadi semakin kuat apabila pada penutup sesi di Sunway, Nick Vujicic meminta para hadirin memejamkan mata dan seterusnya mengajukan dua soalan yang amat mendesak dan amat relevan: (1) Berapa ramai daripada anda yang terfikir untuk bunuh diri dalam 3 bulan lepas; (2) Berapa ramai yang pernah mencuba bunuh diri dalam 3 bulan lepas ini. Jawapan yang diberi masing-masing 70% dan 30%.

Nick Vujicic

Siapa Nick Vujicic

Beliau merupakan seorang penceramah motivasi dilahirkan dengan tetra-amelia syndrome, sindrom yang mengakibatkan ketiadaan semua empat anggota. Sebagai seorang anak, dia berjuang mental, emosi serta fizikal, dan pada usia tujuh belas tahun, dia menubuhkan NGO Life Without Limbs

Tiket tempat duduk berharga RM250 (Berlian, dengan buku percuma “Give Me a Hug”), RM200 (Platinum) dan RM150 (Emas). Semua peserta akan menerima edisi terhad kad “My StoryQuikSilver” Touch N Go secara percuma.

Bagaimana untuk beli tiket?

“Up Close and Personal with Nick” terbuka kepada orang ramai adalah suatu program“eksklusif” dengan tempat duduk terhad untuk 500 orang sahaja. Untuk tempahan tempat duduk, anda boleh membeli tiket dengan menulis kepada [email protected] Untuk maklumat lanjut, sila sms kepada 012-368-4831 atau tulis kepada [email protected]

IKLAN
Tags: “Up Close and Personal with Nick’ : Sertai ceramah motivasi Nick Vujicic pada 28 Ogos ini! Tempat adalah terhadlife without limbsMalaysianick vujicic in malaysianick vujicic malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan