Doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan kepada seorang lelaki di ibu negara Canberra di Australia selepas dia memasukkan garpu sepanjang 10cm ke dalam zakar untuk keseronokan seksual. Kejadian pelik ini dianggap begitu luar biasa sehingga ditulis sebagai jurnal di dalam International Journal of Surgery.
The Canberra Times berkata, lelaki yang berumur 70 tahun itu memberitahu doktor dia telah dimasukkan sekeping garpu ke dalam uretra hampir 12 jam lebih awal dalam usaha untuk mencapai kepuasan seksual, tetapi garpu tersebut tidak dapat dikeluarkan. Doktor terkejut bila melihat garpu di imej x-ray di dalam zakar lelaki tersebut. Garpu tersebut akhirnya dikeluarkan menggunakan forsep dan “pelinciran” manakala pesakit berada di bawah anestetik am.