Kalau anda nak tahu, sebenarnya lebih 80% atau 560 orang daripada 700 pekerja Taman Tema Air Legoland Malaysia yang dibuka sejak September tahun lepas, merupakan rakyat Johor. 10 % lagi berasal dari borneo ( Sabah dan Sarawak ) dan bakinya dari lain-lain negeri. Selain itu juga, lebih 80% pekerja disitu merupakan bangsa Melayu, 12 peratus India, lima peratus Cina dan satu peratus adalah bangsa lain.
Bagi memastikan anak tempatan mendapat peluang bekerja di situ, Vidyanathan berkata, setahun sebelum pembukaannya, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) membuat kajian mengenai jenis pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan.
Menurutnya, memandangkan taman tema tersebut bertaraf antarabangsa, pekerja yang berjawatan pembantu taman tema dibayar gaji minimum RM1,600 manakala untuk jawatan pengurus dan juruteknik, RM2,200 sebulan. Memang tinggi gaji disini memandangkan kos taraf hidup pun kurang tinggi berbanding di Kuala Lumpur. Bagi anda yang ingin memohon pekerjaan disini pun kami galakkan. – Bernama