Biasanya orang mandi pakai air bersih, tetapi lelaki ini berbeza. Lelaki yag dikenali sebagai Nate Nielsen berusia 27 ini menjadi terkenal selepas memuat naik video dirinya sedang mandi dalam tab yang mengandungi pepsi. Kejadian terjadi apabila dia mendapat ratusan minuman pepsi daripada pelanggannya dan tidak tahu mahu melakukan apa dengan ratusan pepsi tersebut sehingga dia mendapat satu idea gila – mandi dengan air pepsi. Selama lebih kurang satu jam dia membuka kesemua minuman tin pepsi dan memasukkannya ke dalam tab mandi.
Menurut Nate lagi, mandi dengan air pepsi sangat menyenangkan, rasanya seperti duduk dalam tab air panas. Malah, dia mengesyorkan agar orang yang menonton videonya agar cuba mandi dalam air bikarbonat. Merepek betul!!! Kami ada paparkan video.
sumber |