Anda boleh ke hidup dengan haiwan? Kucing mungkin kot? Tapi yang ni dengan ular, biar betul. Ya!! Kanak-kanak ini dilaporkan hidup dan tidur dengan ular(Burmese Python) selama lebih kurang 13 tahun. Wohooo… lama tu…
Sebuah keluarga dari Dongguan, China, baru-baru ini menjadi tajuk utama selepas diketahui bahawa anak lelaki berusia 13 tahun berkawan baik dengan ular sepanjang 15 kaki jenis Python. Kanak-kanak lelaki, Azhe Liu dikatakan sejak dia berusia hanya beberapa bulan, dia dan ular telah berkongsi katil yang sama dan sehingga ke hari ini tidak dapat dipisahkan. Kiranya ke mana saja kanak-kanak ini pergi mesti bersama dengan ular peliharaannya.
Kejadian bermula sebelum Azhe Liu dilahirkan, bapanya terjumpa telur ular dan membawa pulang sehingga ianya menetas. Sehinggalah Azhe Liu dilahirkan, ular tersebut ditimbang lebih kurang 20 kg. Sejak dari itu, anak lelakinya dan ular menjadi kawan baik.
Malah, bapa kepada kanak-kanak lelaki itu menegaskan ular tersebut langsung tidak mencederakan anak lelakinya selama hidup bersama. Ular dan Azhe Liu dikatakan tidur berpelukan dan bermain bersama-sama ketika ibu bapanya pergi bekerja. Bayangkan!!! Bapanya juga menjelaskan kehadiran ular tersebut tidak menggangu kehidupan mereka langsung. Menurut Azhe Liu, apabila dia dewasa, dia mempunyai matlamat untuk menjadi pakar zoologi – boleh habiskan masa bersama dengan haiwan. *sumber