Selalunya penulis banyak menulis tentang Kim Kardashian tetapi hari ini penulis ingin melaporkan suami kepada bintang realiti TV, Khloe Kardashian, Lamar Odom dikatakan menghilangkan diri ekoran krisis rumah tangga yang dialaminya.
Menurut sumber, seluruh ahli keluarganya kini bimbang lelaki itu akan mengambil dadah untuk menenangkan diri. Malah, Khloe dikatakan terputus hubungan dengan Odom selama 72 jam.
Pemain profesional bola keranjang Amerika Syarikat itu sebelum ini didakwa terlibat dengan pesta dadah yang menjadi punca keretakan rumah tangganya. Khloe telah menghalau suaminya keluar dari rumah mereka pada Rabu lalu selepas mengetahui aktiviti liar lelaki itu.
Dalam pada itu, Odom, 33, dikatakan berusaha melawan masalah ketagihan dadah selama dua tahun dan pernah memasuki pusat pemulihan di San Diego pada tahun lalu. – sumber