Okay siapa sini peminat Pitbull? Black Eyed Peas? Anda boleh lihat mereka secara live di festival muzik We Love Asia 2.0 pada 6 dan 7 September ini di Litar Antarabangsa F1 Sepang, Kuala Lumpur. Teruja bukan!!!
Antara superstar antarabangsa yang bakal hadir adalah Pitbull, Taboo (Black Eyed Peas), DJ Antoine, Tomcraft, Style Of Eye, Zombie Kids, Mikkas, Inna dan Tenashar. Manakala antara penghibur tempatan yang turut serta adalah Mizz Nina, Stacy Angie, Joe Flizzow, Pop Shuvit dan Rojak Bois. Malah, penganjur menjangkakan lebih ramai orang yang datang berbanding We Love Asia pada bulan Januari lalu.
Info konsert We Love Asia 2.0
Lokasi : Litar Antarabangsa Sepang
Waktu : bermula jam 2 petang
Hari : 6 -7 September 2013
Untuk maklumat lebih lanjut dan cara dapatkan tiket boleh ke laman web rasmi We Love Asia . Tiket pula dijual pada harga bermula RM89 ( early bird ) hingga ke RM279 ( VIP ) dan anda boleh membeli tiketnya di http://weloveasia.com/tickets.html ataupun di Rock Corner,TuneTalk, KL Live, Air Asia Red Tix dan sebagainya.