Faizal Tahir merupakan salah seorang penyanyi yang kita tahu gemar bercakap dan fasih berbahasa Inggeris. Tetapi ada dikalangan peminat dan penggiat seni yang suka mengata apabila sesetengah selebriti atau artis berbahasa Inggeris semasa acara,temubual dan sebagainya. Bagi kami, tidak salah menggunakan apa-apa bahasa sekalipun apabila berbicara, asalkan maksudnya sampai dan SESUAI dengan ACARA atau majlis.
Semalam Faizal Tahir meluahkan rasa kecewanya apabila artis dicemuh apabila bercakap menggunakan bahasa Inggeris tetapi tidak mengapa pula bila penyanyi menyanyikan lagu Inggeris di acara sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Ada benarnya kata Faizal Tahir disini.Kemudian ada pula peminat yang memberikan komen sinis yang tidak ada kena mengena dengan luahan perasaan beliau apabila mengungkit kisah beliau membuka baju semasa satu pertunjukkan nyanyian secara langsung di kaca televisyen yang mendapat kecaman umum. Yang peliknya, artis berpakaian seksi dibenarkan membuat persembahan dan tidak ada cemuhan. Eh, melalut pula.