• Latest
Apa yang anda perlu tahu tentang filem Tanda Putera – Sinopsis, pelakon, isu kontroversi, gambar

Apa yang anda perlu tahu tentang filem Tanda Putera – Sinopsis, pelakon, isu kontroversi, gambar

August 29, 2013
Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

Aktres Keira Knightley Tak Nak Lagi Lakukan Adegan Seks Dalam Filem

January 25, 2021
Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

Hairan Juga Makin Hari Makin Nipis Skin Barier, Sebab Apa Ye?

January 25, 2021
5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

5 Amalan Mulia Wanita Boleh Buat Ketika Datang Haid

January 25, 2021
Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

Selain Nana Mahazan, 10 Artis Wanita Pesona Sekali Dengan Rambut Pendek

January 25, 2021
Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

Bergaya Sakan Tahun Baru Cina Dengan Koleksi Auspicious Blooms HABIB

January 25, 2021
Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

Manis & Ayu Penampilan Hannah Delisha Sejak Bertudung, 10 Fesyen Memukau Jiwa

January 25, 2021
Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

Cara Sihat Untuk Kulit Cerah Berseri Dalam Empat Minggu Dengan Cetaphil!

January 25, 2021
Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

Cantik Sangat Fesyen Moon Ga-Young Dalam True Beauty!

January 25, 2021
Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

Kerana Buat TikTok ‘Blackout Challenge’, Kanak-Kanak 10 Tahun Maut

January 25, 2021
Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

Tanda-Tanda Crush Tak Suka Kamu, No.3 Paling Perit Sekali!

January 24, 2021
Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

Bagus Amal ‘Cat Therapy’ Bukan Setakat Hilang Anxiety, 7 Kebaikan Dapat

January 24, 2021
10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

10 Jenis Mesej Yang Tak Boleh Dihantar Pada Bekas Kekasih

January 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip Tempatan

Apa yang anda perlu tahu tentang filem Tanda Putera – Sinopsis, pelakon, isu kontroversi, gambar

Aida Sue by Aida Sue
August 29, 2013
Apa yang anda perlu tahu tentang filem Tanda Putera – Sinopsis, pelakon, isu kontroversi, gambar
36
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

tandaputera-2

Fakta dan kontroversi filem Tanda Putera

    • Mula ditayangkan pada 29 Ogos 2012 selepas ditangguhkan sebanyak dua kali. Filem yang dibuat berdasarkan kisah benar itu, dihasilkan pada tahun 2011 dan sepatutnya ditayangkan kepada umum pada 15 November 2012.
    • Filem tersebut menelan belanja RM4.8 juta itu telah membuatkan pihak produksinya iaitu Pesona Pictures Sdn Bhd mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.
    • DAP mengkritik keras filem itu dan mendakwa ia boleh mencetuskan ketegangan kaum apabila meletakkan punca rusuhan kaum 1969 kepada masyarakat Cina. Adegan dalam filem itu mengaitkan Lim Kit Siang yang masih muda kencing di tiang bendera di luar rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.
    • Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP, menafikan wujudnya kejadian itu. Shuhaimi bagaimanapun, mempertahankan karyanya dan meminta masyarakat memberi peluang kepada filem itu sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.
    • Jika pengendali pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem kontroversi Tanda Putera, risiko lesen mereka dibatalkan adalah tinggi kata pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba. 

Sinopsis filem Tanda Putera 

Filem itu memaparkan suka duka kejadian benar yang pernah berlaku pada zaman kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail. Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

tanda-putera-8

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat, kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.

Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.

Pelakon 

Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).
Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).
Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Team produksi 
Producer/Director/Writer: Datin Paduka Shuhaimi Baba
Executive Director/Production Design Supervisor: Aida Fitri Buyong
Producer: Kavita Sidhu
Co-Producer: Ibrahim Elias, Kamarul Nizam Abdul Rahman
Director of Photography: Filus Ghazali
Marketing: Aida Fitri Buyong, Noraini Baba, Siveena Sivanathan & Kavita Sidhu
Admin Manager/Writer: Noraini Baba
Fund Manager: Norazhar Khamis
Production Manager: Halina Samad
Production Designer : Kamarul Nizam Abdul Rahman
Set Designer : Khairul Anuar Saidin
Sound Design: Ashley Grenville
Visual Effects Supervisor: Madhu Sudhanan & Rivai Chen
Art Director: Aziatul Ema Ahmad
Graphic Designer: Siti Ruzyla Tumin
Graphic Assistant: Suwaidi Nantang & Arif Aqma Azmi
Assistant Director: Norfazlayati Norzahidi

tandaputera-8

 

tandaputera-7

tandaputera-6

tandaputera-5

tandaputera-4

tandaputera-3
tandaputera

pulaupinang

Tags: Apa yang anda perlu tahu tentang filem Tanda Putera - Sinopsisdap tanda puteragambarisu filem tanda puteraisu kontroversikontroversi tanda puterapelakonpelakon tanda puterasinopsis filem tanda puterasinopsis tanda puteratanda putera isu perkauman
Share2Tweet1Send

ARTIKEL BERKAITAN

Filem The Call Lakonan Park Shin-hye Sangat Menakutkan!
Review - Filem

Filem The Call Lakonan Park Shin-hye Sangat Menakutkan!

December 3, 2020
Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil, Siapa Ciplak Rekaan Siapa?
Gosip Tempatan

Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil, Siapa Ciplak Rekaan Siapa?

May 7, 2020
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan