Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Melbourne mendahului senarai bandar paling sesuai didiami di dunia

by Aida Sue
August 29, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

F

Melbourne telah dinamakan sebagai bandar yang paling sesuai didiami di dunia oleh Economist Intelligence Unit bagi tahun ketiga berturut-turut. Indeks EIU Liveability adalah salah satu indeks dan ranking dunia yang paling diterima secara meluas dan bandar Melbourne telah dibandingkan dengan 140 bandar-bandar utama di dunia.

Bandar-bandar lain di lima teratas tahun ini termasuk Vienna, Vancouver, Toronto, Calgary dan Adelaide.

IKLAN

Datuk bandar Melbourne, Robert Doyle berkata persaingan adalah sangat sengit dan City of Melbourne sangat berbangga untuk mendahului senarai itu berbanding bandar-bandar utama yang lain di seluruh dunia.

A

01 12 Apostles at Sunset

“Kami amat berbesar hati untuk dipertimbangkan bandar yang paling sesuai didiami berbanding bandar-bandar antarabangsa yang lain. Ini adalah hasil yang hebat untuk Melbourne terutamanya dalam bidang pelancongan dan reputasi untuk pendidikan di tempat kami. “

Sementara itu empat bandar lain Australia berada dalam top 10 tahun ini, termasuk Adelaide (nombor 5), Sydney (nombor 7) dan Perth (nombor 9). Damsyik yang sedang dilanda perang iaitu negara Syria telah menduduki tempat yang paling rendah, dengan purata hanya 20 peratus untuk kestabilan tempat untuk didiami.

Malaysia ranking ke berapa pula? Kalau tahun lepas, negara kita berada dalam kedudukan ke 77 dalam senarai dan tahun 2011 pula di anak tangga ke 78.. Harapnya tahun ini makin baik.

Senarai bandar paling sesuai dan tidak sesuai untuk didiami

10 tangga teratas

IKLAN

Melbourne, Australia
Vienna, Austria
Vancouver, Canada
Toronto, Canada
Calgary, Canada
Adelaide, Australia
Sydney, Australia
Helsinki, Finland
Perth, Australia
Auckland, New Zealand

10 tangga terbawah

Damascus, Syria
Tehran, Iran
Douala, Cameroon
Tripoli, Libya
Karachi, Pakistan
Algiers, Algeria
Harare, Zimbabwe
Lagos, Nigeria
Port Moresby, PNG
Dhaka, Bangladesh

Tags: Australiabandar paling baik di duniaGlobal Liveability Survey malaysiakuala lumpurMelbourne mendahului senarai bandar paling sesuai didiami di duniaranking kuala lumpurranking malaysia
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan