Untuk Lookbook #3 Wanista.com, kami memaparkan fesyen menggunakan boyfriend jeans untuk kelihatan santai tetapi dalam masa yag sama nampak moden dan sederhana. Untuk fesyen kali ini, kami menggunakan tshirt bersaiz besar ( M ke atas ) dan juga jeans bersaiz besar.
Apa itu boyfriend jeans
Boyfriend Jeans sebenarnya adalah bertentangan dengan Skinny Jeans. Bukannya ketat, tetapi jeans ini lebih longgar dan santai – seolah-olah anda memakai seluar jeans lelaki.
Padanan sesuai
Outer – Jacket blazer apa-apa warna. Tetapi jaket jeans tidak digalakkan.
Aksesori – Bersaiz besar dan berwarna emas untuk padanan tshirt hitam. Tetapi anda juga boleh mengenakan aksesori neon untuk tampak lebih BERANI.
Kasut – Kasut kulit berwarna hitam atau coklat. Untuk nampak lebih maskulin, kenakan but paras buku laki tanpa tumit. Bagi anda yang mahu nampak feminin, kenakan kasut bertumit. Mudah saja.
Beg – Pilih beg bertali panjang untuk nampak lebih ‘loose’ dan tidak terlalu uptight.
Tali Pinggang – tali pinggang kulit berdiameter tebal ( buckle belt ) amat sesuai dikenakan untuk nampak maskulin.