Robert Darling merupakan bujang terlajak yang masih belum mendapat pasangan hidup meskipun sudah 12 tahun dia menawarkan diri untuk dikahwini. Bukan itu saja, Darling telah menghabiskan masa dengan merayau sekitar New York dengan iklan di dada yang meminta para wanita mengahwininya.
Di iklan tersebut, dia turut menyertakan nombor telefeon dan alamat emelnya. Darling yang sudah 58 tahun itu mengenakan syarat hanya mahu berkahwin dengan wanita kaya saja. Sudahlah tak bekerja demand nak wanita kaya pula…..
“Saya tidak pernah bernasib baik dengan wanita dan dengan cara ini, saya yakin akan menemui cinta.
“Saya inginkan teman hidup untuk berbual, pergi ke muzium dan konsert. Memandangkan saya tidak mempunyai wang, maka saya perlu mengahwini wanita kaya dan saya rasa saya berhak mendapatkan wanita kaya,’’ katanya.
Malah, Darling hanya pergi ke kawasan yang berpotensi seperti di Wall Street, Columbus Circle dan Times Square. Darling dengan bangga berkata dia mungkin akan bertemu dengan ketua pegawai eksekutif di Wall Street dan mahu menjadi isterinya. – sumber