Butik Terranova melancarkan kedai yang pertama di Malaysia hari ini di Sunway Pyramid Shopping Mall,Sunway. Butik antarabangsa dari Itali ini yang berkeluasan 6,000 kaki persegi dan terletak di Lower Ground floor ini menjual pakaian untuk wanita,lelaki,kanak-kanak dan juga aksesori yang unik serta up-to-date. Terranova juga katanya akan membuat cawangan keduanya di Melaka tidak lama lagi.
Pelanggan beratur sejak 1.30 petang semasa majlis perasmian dan bakal membawa pulang tote eksklusif Terranova, T- shirt ( perempuan / lelaki) dan baucar diskaun 20 % setiap seorang dan hanya 150 pelanggan pertama sahaja yang mendapat keistimewaan itu.
Sejak dilancarkan pada tahun 1988, jenama Terranova yang terkenal di Itali mempunyai cawangan di 34 buah negara di seluruh dunia dengan sejumlah 571 kedai. Gaya fesyen Terranova ini menonjol, mudah didekati , up- to-date , santai dan rugged. Kedai Terranova di Sunway Pyramid menawarkan lebih 1,000 gaya yang berbeza dengan harga pakaian dan aksesori di antara RM19.00 ke RM299.00 . Bagi anda yang sukakan fesyen terkini yang ranggi dan harga berpatutan, Terranova lah tempatnya. Selamat membeli belah!
PROMOSI
Bermula 30 Ogos dan seterusnya , pembeli akan menikmati diskaun promosi pembukaan kedai iaitu ( sementara stok masih ada ) :
1) 30 Ogos 2013 hingga 8 September 2013 – Percuma beg tote dengan pembelian bernilai RM150 * dalam satu resit
2) 9 September 2013 hingga 22 September 2013 – 20% baucar diskaun dengan pembelian RM150 * dalam satu resit
3) 23 September 2013 hingga 30 September 2013 – Percuma t -shirt dengan pembelian bernilai RM120 * dalam satu resit
* Tertakluk kepada terma & syarat
Lokasi butik pakaian Terranova : LG 1.06, LG 1.07 & 1.10, Lower Ground Floor, Sunway Pyramid
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.terranovastyle.com atau www.facebook.com/terranovamalaysia
Gambar diambil menggunakan kamera telefon pintar Nokia Lumia 720