Malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ‘panas’ ketika ini.
Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat. Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.
Datuk Yusof Haslam dan Syamsul sudahpun membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Tetapi ada pelakon yang mendakwa filem yang dibocorkan itu hanyalah 50% sahaja daripada tayangan keseluruhan filem. Kami musykil juga, kerana mungkin pelakon itu pun sudah tengok di internet dan kalau hanya bocor 50%, takkanlah penjual VCD haram berani jual CD filem itu. Yelah,takkan nak jual filem tergantung ye tak? Kami syak ini mungkin kerja orang dalam yang dengki dan iri hati dengan kejayaan filem KL Gangster sebelum ini. Apa pun, kita tunggu apa tindakan yang seterusnya.
Update keadaan Syamsul pula menerusi bapanya, sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur dan dia pun dah bertambah kurus. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet.
KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.