Tepat jam 12.01 pagi tadi, harga minyak petrol RON95 dan minyak diesel di Malaysia naik lagi 20sen. Dah sudah tentu kenaikan harga petrol ini telah mencetuskan kemarahan dan reaksi negatif ramai rakyat Malaysia kerana apabila harga minyak naik, sudah tentu harga barangan asal lain juga turut naik kerana petrol/minyak ini adalah keperluan semua. Bila harga barang naik, mereka yang tidak guna minyak petrol pun akan turut terkena tempiasnya dan mereka digolongan pertengahan akan merasa kesan paling besar. Dah lah bantuan kerajaan dan BR1M tak layak, harga minyak naik. Kesian!
Tetapi ada seorang ahli politik yang mungkin tidak peka dengan suara rakyat… tak lain tak bukan anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.. Berikut adalah tweet Bung Mokhtar yang memberi komen mengenai kenaikan harga minyak:
“Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta,” kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin (kanan).
Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @aymeemin berkata:
“Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya.”
Bung,bung, beginikah reaksi pemimpin yang kononnya ingin membantu rakyat? Habis kalau harga roti naik lepas ni, tak perlu makan roti? Harga gula naik, tak perlu makan gula? No wonderlah negara makin MAJU KE BELAKANG. 🙂