Seorang wanita Islam lepas ijazah dari United Kingdom jurusan Fizik telah pergi ke pusat membeli-belah popular di KLCC untuk mencari kerja sambilan sementara menunggu peluang menyertai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KLPI). Gadis itu,Mira Kamil, hampa apabila kebanyakkan kedai yang dikunjunginya untuk meminta peluang pekerjaan tidak menerima pekerja yang memakai tudung. Sampai begitu sekali diskriminasi terhadap wanita bertudung di negara yang mempunyai agama rasmi Islam ini?
Penulis pernah belajar di luar negara yang bukanlah sebuah negara Islam dan bekerja sambilan tetapi rakyat di sana menerima kita yang bertudung dengan hati terbuka, tanpa diskriminasi kaum dan pakaian.Asalkan kita tahu menghormati budaya mereka, mereka akan menghormati kita kembali. Adakah ini wajar berlaku di ibukota Kuala Lumpur? dah lah kalau dahulu sibuk isu segelintir kaum hanya mahu mengambil kaumnya sahaja bekerja, ini ditambah pula dengan isu berhijab dan memakai tudung? Adakah ini erti merdeka negara Malaysia yang tercinta? Memalukan.
Sebelum ini akhbar Berita Harian turut memuatkan artikel mengenai jika mahu bekerja di sesebuah syarikat, anda harus membuka tudung bagi wanita Islam. Itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara yang menetapkan bahawa setiap individu mempunyai hak menyatakan dan mengamalkan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.