Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

[ Berita Dunia ] Bayi mati kerana menghisap susu ibunya yang bertoksik

by Malisa Aina
September 4, 2013
gambar hiasan

gambar hiasan

Share on FacebookShare on Twitter
gambar hiasan
gambar hiasan

Berita yang didapati dari sumber Harian Metro, seorang bayi lelaki yang berusia lapan bulan mati selepas menghisap susu ibunya yang bertoksik mengandungi campuran metadon (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur).

Malah, lebih buruk lagi apabila  ibu bayi malang terbabit berdepan dengan tuduhan membunuh. Sarah Ann Stephens didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua serta membahayakan nyawa anaknya, Ryder.

Menurut polis, Sarah menyedari kandungan ubat berkenaan adalah tinggi dalam sistem tubuhnya tetapi masih menyusukan bayi terbabit.

IKLAN
Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia pada September 2012, dokumen mahkamah menunjukkan Sarah diarah berhenti menyusukan anaknya apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.

Pada awalnya kematian Ryder dianggap kes biasa apabila petugas kecemasan dipanggil ke apartmen Sarah. Dua minggu kemudian ujian toksikologi menunjukkan Ryder mati kerana kandungan ubat berlebihan dalam badannya. Seorang patologi berkata, kandungan ubat dalam tubuh Ryder cukup untuk membuat individu dewasa menjadi sangat khayal.

Tags: [ Berita Dunia ] Bayi mati kerana menghisap susu ibunya yang bertoksikbayi matiibususu ibususu ibu toksiksusu toksik
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan