Claire Lennon tuan punya subang berlian yang bernilai lebih seribu ringgit terpaksa menunggu sehingga ayamnya mati untuk dia dapatkan kembali subang. Terdahulu, Sarah – gelaran si ayam telah menelan subang Claire.
Claire hanya menyedari Sarah menelan subangnya itu selepas telinganya berasa sakit dan dia sekeluarga kemudiannya menunggu hingga Sarah membuang najis, namun gagal.
Meskipun kecewa, Claire Lennon tidak mempunyai pilihan dan mungkin perlu menunggu hingga lapan tahun lagi. Subang itu dihadiahkan oleh teman lelakinya, Adam.
Menurut Claire, doktor haiwan memberitahunya bahawa dia boleh membedah ayam tersebut yang digelarnya Sarah, namun ia akan membunuh binatang itu. Malah, pemeriksaan doktor mendapati subang tersebut telah masuk ke dalam hempedu ayam berkenaan.
Ini kerana berlian itu terlalu keras dan ia tidak akan rosak, hanya kekal dalam badan Sarah hingga binatang tersebut mati.
“Jika saya membunuh ayam itu, ia pasti akan mengecewakan anak perempuan saya, Mia yang berusia enam tahun.
“Justeru itu, kami perlu menunggu hingga Sarah meninggal dunia,’’ katanya. – sumber