Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

Berita Terkini : Pembedahan plastik perlu dikawal

by Lisa Aina
September 4, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

1142126-operasi-plastik-780x390

Sikap masyarakat yang terlalu obses untuk kelihatan cantik menyebabkan ramai yang sanggup menghabiskan wang untuk menjalani pembedahan komestik sehingga menjadi mangsa pusat kecantikan yang mengambil kesempatan.

Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Kesihatan mengawal industri pembedahan kosmetik kerana belum wujud undang-undang khusus yang menghalang pihak yang tidak bertauliah daripada melakukan pembedahan berkenaan.

IKLAN

Presiden CAP, S M Mohamed Idris, berkata setakat ini kementerian berkenaan hanya mempunyai kuasa untuk bertindak menurut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) 1998 dan Akta Perubatan 1971.

“Akta itu hanya boleh diambil terhadap doktor yang tidak terlatih yang melakukan pembedahan komestik dan setakat ini undang-undang itu belum mencukupi untuk melindungi pengguna daripada terpedaya dengan ‘pakar bedah komestik’ yang tidak berkelayakan.

“Jadi CAP mahu kerajaan mengambil tindakan segera dengan mengubal undang-undang khas supaya dapat menghalang mereka yang tidak bertauliah daripada melakukan pembedahan komestik,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Malah menurut beliau lagi berikutan keuntungan besar yang diperoleh mendorong kemunculan pengamal perubatan ‘lorong belakang’ yang kurang berpengalaman atau terlatih serta kurang peralatan untuk membuat pembedahan sedemikian.

“Ini bukan sahaja menarik minat ‘doktor yang menyamar’ malah doktor biasa yang tidak terlatih dalam bidang itu juga berminat untuk mengaut keuntungan.

“Saya difahamkan industri ini bernilai berbilion dolar dan berkembang pada kadar 15 peratus setahun,” katanya.

“Kita minta Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas terhadap doktor yang tidak menerima latihan dalam bidang pembedahan kosmetik tetapi menjalankannya, serta memasukkan garis panduan mengenai perubatan estetik di dalam undang-undang supaya ia boleh dikuatkuasakan dengan tegas,” katanya. – BERNAMA

IKLAN
Tags: Berita Terkini : Pembedahan plastik perlu dikawalpembedahan kosmetikpembedahan plastikplastic surgerytrend pembedahan kosmetik
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan