Untuk segmen LOOKBOOK kali ni penulis nak fokus pada kasut tumit tinggi. Memang cantik kalau berkasut tinggi. Secara ilusi, anda akan tampak lebih kurus kerana ketinggian yang diberikannya dan bentuk badan akan tampak lebih menarik. Malah ia menambah sentimeter pada si pemakai agar kelihatan setanding dengan supermodel yang berjalan di pentas peragaan. Sekali gus, ia meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan si pemakainya lebih menarik.
Kasut tumit tinggi merah? Apa yang anda bayangkan? Fesyen apa yang sesuai dengan tumit tinggi warna merah? Little Black Dress? Skinny Jeans? Pencil Skirt? Macam-macam bukan. Jadi, di sini penulis nak kongsi 3 gaya fesyen yang berbeza menggunakan kasut tumit tinggi warna merah. – Mix n Match
*tips penulis, anda mesti berani mix and match setiap apa yang anda ingin sarung di badan. Sebelum buat keputusan, cuba dahulu depan cermin bila rasa kena then teruskan dengan pilihan anda….:)
KLASIK – gaya ini sesuai dipakai ke pejabat atau majlis formal
- Tumit tinggi
- Pencil skirt
- Blouse
- Cermin mata vintage
- Bracelet
- Tote handbag
- Nampak lebih klasik dengan mengenakan gincu merah darah
STAILO – boleh dipakai untuk majlis santai. Gaya sebegini nampak trendy ditambah dengan tumit tinggi merah.
- Tumit tinggi
- High waisted jeans
- Blazer floral
- Top putih
- Black hat
- Signature necklace
- Mini pouch
BERANI/GARANG – tumit tinggi merah sememangnya menyerlahkan keberanian anda ditambah dengan print dress, gaya anda sangat garang. Gaya sebegini boleh dikenakan ketika majlis cocktail atau pun parti.
- Tumit tinggi
- Print dress
- Gold bracelet
- Cermin mata vintage gold
- Mini pouch
- iPhone casing
- Gincu merah