Selalunya kita menggunakan banyak pencuci pinggan mangkuk untuk membersihkan peralatan dapur kita kerana kebanyakkan produk yang dijual di luar tidak berkualiti untuk membuang kesan kotoran degil pada perkakasan dapur. Produk pencuci pinggan dari P&G yang terbaharu iaitu JOY mampu memonopoli tugas mencuci pinggan mangkuk anda. Cuba anda bayangkan kalau hanya beberapa titis pencuci sahaja yang diperlukan untuk mencuci pinggan dan peralatan dapur anda? Bukankah itu menjimatkan?
Produk pencuci Joy mengandungi Surfaktan Bijak berbanding pencuci pinggan mangkuk biasa dan ianya telah terbukti apabila kakitangan Penyelidikan dan Pembangunan P&G melakukan demonstrasi melalui ‘Ujian Celupan Hujung Jari’.
Yang menariknya, produk baharu dari P&G ini menggunakan khidmat duta selebriti yang tidak asing lagi iaitu Chui Ling dan pengacara Sharifah Shahirah yang menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai cabaran memecahkan Guinness World Records untuk Jumlah Pinggan Paling Banyak Dibasuh Di Dunia pada 14 September 2013 yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Pihak P&G akan menyediakan nasi lemak secara PERCUMA dan mengumpul pinggan-pinggan untuk dibasuh menggunakan sebotol cecair pencuci pinggan mangkuk JOY. Selain itu juga terdapat peraduan untuk meneka jumlah pinggan yang berjaya dibasuh dengan hanya sebotol JOY pada hari tersebut dan jumlah yang paling hampir atau jumlah sebenar akan memenangi baucar membeli-belah dalam jumlah yang sama.
Info produk pencuci pinggan mangkuk JOY
- Boleh didapati di semua pasaraya utama dan kedai runcit bermula Oktober 2013
- Saiz adalah 250ml dan 800ml serta pek isian semula
- harga bermula RM3.50
- Varian :Refreshing Lemon, Sparkling Lim, Antibac