Rapper tempatan yang terkenal dengan lagu Rembau Most Wanted iaitu Waris telah tampil dengan lagu barunya iaitu Botingkek bersama rapper baru iaitu Juzzthin. Lagu tersebut mendapat perhatian ramai dan Waris juga telah mengumpul peminatnya yang tersendiri. Tetapi apa yang kami nak kongsikan adalah lagu Botingkek itu kebetulan sama dengan lagu dari luar negara iaitu lagu YC – Racks On Racks featuring Nelly, B.o.B., Trae The Truth, Yo Gotti, Cyhi Da Prynce, Dose & Ace Hood). Plagiat atau kebetulan sama? Tajuk pun hampir serupa.. cuma dialih bahasa sahaja. Lagu Racks dikeluarkan pada May 2011 yang menampilkan rapper YC dan Future.
Dalam Media Hiburan bertarikh 14 Mei 2013 juga sebelum ini ada bertanya perkara yang sama kepada Waris, mengenai lagu yang ‘Botingkek-Tingkek’ yang dikatakan sama dengan sebuah lagu Inggeris berjudul ‘Racks On Racks’ nyanyian YC telah menurut Waris, dia pernah dengar lagu itu dan menafikan meniru melodi lagu berkenaan. Dia dan DJ Fuzz hanya menjadikan melodi lagu berkenaan sebagai ‘sampling’ dan inspirasi.
Sampling apa sampai sama hampir 100% lagu tu wahai Waris… Haigoooo~~~~ Macam manalah muzik tempatan nak maju kalau lagu pun hampir sama…