Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Bantu industri seni tempatan : The Royal Arts Gala di Istana Negara lama pada 23 November 2013 ini

by Aida Sue
September 6, 2013
Share on FacebookShare on Twitter


Image 3

Sebuah sidang akhbar telah diadakan bagi pengumuman rasmi mengenai Gala Diraja Seni Persembahan ( The Royal Arts Gala ), sebuah acara seni ikonik hasil
kolaborasi bersama My Performing Arts Agency (MyPAA) dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). Kembali dengan rangkaian keduanya, disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan (PEMANDU). untuk pengetahuan anda, Gala Diraja Seni Persembahan diwujudkan sebagai platform bagi membantu industri seni persembahan dan menaik-taraf profil seni persembahan kepada sektor swasta dan awam.

IKLAN

Image 1

Bila? Dimana? 

Gala Diraja Seni Persembahan dijadualkan berlangsung pada 23 November 2013 di tapak Istana Negara lama (Jalan Istana), termasuklah lawatan ke Istana Negara (dimana dahulunya ia merupakan kediaman rasmi Raja-Raja), makan malam mewah dan Persembahan Diraja selama 45 minit dibawah arahan Adlin Aman Ramlie.

Anugerah Khas

Gala Diraja Seni Persembahan juga turut memberikan Anugerah Seni Kreatif dan Anugerah Seni Korporat bagi mengiktiraf penggiat seni kreatif dan ahli korporat yang telah berusaha teguh dan memberi dedikasi sepanjang hayat bagi memartabatkan seni persembahan di Malaysia. Nominasi dari sektor awam adalah sangat dialu-alukan dan perlu berasaskan kontribusi kepada seni Malaysia dari Julai 2012 –Ogos 2013.
Sidang media hari ini memperlihatkan MyPAA, JKKN dan MOTAC mengagihkan sejumlah dana sebanyak RM718,000 yang diraih dari Gala Diraja Seni Persembahan 2012 kepada 31 pengiat seni termasuklah, Temple of Fine Arts, Hands Percussion, Five Arts Centre, Rumah Anak Teater, Shakespeare Demystified, Lee Wushu Arts Theatre, antara lainnya.

Harga meja dan maklumat lanjut 

Gala Diraja Seni Persembahan merupakan peluang keemasan kepada sektor korporat menjadi tuan rumah kepada klien-klien dan rakan usahasama di majlis diraja yang eksklusif, dengan kehadiran elit kreatif dan korporat tempatan. Meja yang dijual bagi gala dan makan
malam 4-course ini berharga RM15,000 (Meja Gamelan), RM25,000 (Meja Odissi), RM35,000 (Meja Wayang Kulit), dan RM50,000 (Meja Mak Yong). Setiap sokongan bagi inisiatif ini dikecualikan daripada cukai.

Untuk tempahan/maklumat lanjut, hubungi 03-6207 9566 atau email [email protected]

IKLAN
Tags: Bantu industri seni tempatan : The Royal Arts Gala di Istana Negara lama pada 23 November 2013 iniGala Diraja Seni Persembahaninfo Gala Diraja Seni Persembahaninfo the royal arts galathe royal arts gala
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan