Seorang peminat fanatik pistol membina sebuah peti surat gergasi berbentuk revolver.44 Magnum. Roger Buchko dari New Jersey menghasilkan ciptaannya berdasarkan pistol Smith & Wesson yang dimiliknya. Dia menyiapkan peti surat berkenaan dua minggu lalu dan sejak itu semua suratnya dimasukkan menerusi muncung pistol berkenaan.
Buchko memperoleh idea itu selepas melihat rekaan serupa di Internet dan menghabiskan beberapa jam sehari selama empat bulan untuk membinanya. Menurutnya, dia tidak berniat untuk membuat sebarang kenyataan politik di sebalik peti surat berkenaan. Ianya hanya projek peribadi dan tiada makssud apa-apa di sebaliknya ciptaanya itu.
Tempat meletak peluru pistol berkenaan yang boleh dipusingkan dibuat daripada kayu sementara pemegang dan larasnya daripada paip PVC. Malah, bekas pembuat kabinet memberikan reaksi positif terhadap peti surat itu. Sekurang-kurangnya 500 orang sudah mengambil gambarnya. Walaubagaimanapun, maasih terdapat segelintir yang membaling telur pada peti surat rumah saya. – sumber