Menurut berita yang disampaikan oleh Utusan Malaysia, purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Kelantan adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain pada tahun lalu.
Hasil kajian Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan mendapati, purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat negeri ini ialah RM3,168, diikuti Kedah RM3,425 serta Perlis (RM3,538). Jumlah tersebut amat rendah berbanding purata bulanan pendapatan isi rumah bagi Malaysia iaitu sebanyak RM5,000. Maknanya kalau dibahagi dua, suami dan isteri masing-masing mempunyai pendapatan RM1500 sebulan bagi setiap orang di Kelantan.. Tapi kena fikir juga, kos hidup pun rendah, semua murah. Jadi tak hairanlah kalau pendapatan sedikit pun…
Pada masa yang sama, Kelantan merupakan negeri kedua termiskin dengan jumlah kemiskinan sebanyak 2.7 peratus manakala Sabah di tangga terbawah dengan 8.1 peratus pada 2012. Yang peliknya, Sabah, Kelantan dan Terengganu yang juga negeri pengeluar minyak antara negeri termiskin di Malaysia.
Bagaimanapun Kelantan mencatatkan penurunan yang drastik sejak 1990 yang ketika itu mencatatkan kadar kemiskinan sebanyak 29.6 peratus. Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, kajian itu mendapati purata pendapatan isi rumah di negeri ini telah meningkat sebanyak tujuh peratus.