Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Tips/ Info ] Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda menjadi mangsa ragut

by Aida Sue
September 9, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Tatkala ekonomi yang kurang menyenangkan ini, dah tentu kes jenayah juga turut meningkat sama seperti harga barang. Jadi kaum wanita dan lelaki yang tidak bernasib baik mungkin akan menjadi mangsa samun atau ragut. Kebanyakkan mangsa ragut akan menjadi panik dan buntu selepas diragut tidak kiralah dimana sekalipun. Jadi kami ingin berkongsi beberapa tips dan info jika anda menjadi mangsa ragut dan berjumpa dengan mangsa ragut yang ingin anda bantu. Semoga bermanfaat pada semua.

isu-ragut

Artikel lain mengenai tips menjaga keselamatan untuk wanita

IKLAN

1. Jika peragut mempunyai senjata tajam dan berbahaya

Biarkan mereka mengambil barang anda, dan jangan melawan kerana takut mereka akan mencederakan anda. Nyawa anda lebih berharga.

2. Dapatkan perhatian orang awam

Jika terdapat ramai orang awam di tempat anda diragut, jerit “API/ Kebakaran/ Tolong ” sekuat hati. Cuba dapatkan jenis motor dan nombor plet kenderaan yang peragut gunakan. Cuba dapatkan deskripsi peragut seperti bilangan,jantina, kaum,pakaian dan lain-lain.

3. Pergi ke safety point

Ramai yang panik selepas diragut. Jika barang anda diragut kesemuanya ( beg tangan, beg bimbit,telefon, beg duit dan sebagainya hilang ), pergi ke safety point seperti kedai serbaneka, kedai 24jam ataupun stesen minyak berhampiran untuk mendapatkan bantuan dan menghubungi pihak polis secepat mungkin. Tunggu di sana sehingga pihak polis tiba untuk memberikan bantuan kepada anda.

4. Jika anda cedera

Pulang ke rumah ( dengan bantuan pihak polis jika anda tiada kawan atau saudara mara ) selepas membuat laporan polis. Pergi ke klinik atau hospital dengan teman untuk mendapatkan rawatan untuk merawat kecederaan anda.

IKLAN

5. Barang dan maklumat peribadi

Selepas selesai semua urusan di atas, telefon pihak bank untuk mematikan kad bank,kad kredit anda serta jika anda mempunyai akaun iCloud atau akaun di internet ( Facebook, Instagram, akaun bank online dan sebagainya ), tukar  semua kata laluan yang memungkinkan pihak pencuri menggunakan maklumat anda untuk kepentingan mereka.

Sasaran penjenayah

• Seseorang yang kelihatan mesra, ramah, malu-malu, sesat,pelupa, atau mabuk. Orang seperti ini lebih senang dimanipulasi dan diragut.
• Seseorang yang memakai fon telinga atau sedang berbual di telefon bimbit yang tak mengambil tahu hal persekitaran.
• Seseorang tidak sedar yang dia sedang diikuti.

• Seseorang yang “digari” : iaitu mengangkat beg barangan atau mengendong kanak-kanak. Untuk keselamatan yang lebih baik, kalau boleh pastikan anda berteman dan jika barang terlalu banyak, minta pekerja kedai atau security guard membantu anda bawa barang ke kereta.

Tips penting 

Penjenayah biasanya akan bersembunyi di belakang but kereta atau di tepi van. Mereka juga selalunya akan bergerak secara berkumpulan dan kebanyakkan di antara mereka akan merayau-rayau mencari mangsa yang sesuai sebelum ‘aim dan attack’ mangsa.

  1. Kelihatan yakin
  2. Elakkan tempat-tempat yang bahaya dan sunyi
  3. Menggunakan semua deria anda. Elakkan memakai fon telinga semasa berjalan bersendirian.
  4. Membiarkan rakan/keluarga tahu anda dimana.
  5. Ambil tindakan mengelak atau pergi ke tempat yang ramai orang jika anda berasa terancam
  6. Bawa penggera atau buzzer jika anda.
  7. Cuba dan berjalan rumah dengan orang lain atau berkumpulan.
  8. Gunakan yang terang, jalanraya yang sibuk
  9. Bawa semburan lada ( pepper spray ) dan penggera keselamatan peribadi (seperti wisel) dan pastikan kedua-duanya boleh dibawa di luar kawasan letak kereta dan digunakan serta merta. Jika anda berada berhampiran kereta anda, anda boleh menekan butang kecemasan kunci kereta anda – hon kereta anda. Penggera peribadi atau hon kereta anda akan membantu anda sedikit sebanyak untuk ‘menghalang’ pemangsa. Pastikan anda juga bersedia dengan semburan lada pada muka pemanga.

wisel

Tags: [ Tips/ Info ] Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda menjadi mangsa ragutapa yang perlu dilakukan jika diragutbila diragutkeselamatan wanita di tempat awammangsa ragutragutsamuntips diraguttips mangsa ragut
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan