Restoran Union Street Cafe merupakan restoran hasil kolaborasi antara pemain bola sepak, David Beckham bersama tukang masak terkenal dunia, Gordon Ramsay. Menurut sumber, restoran ini akan mula dibuka pada 16 September dan dijangkakan bakal mendapat tempat di hati pecinta makanan. Malah, restoran tersebut berjaya mendapat tempahan sebanyak 2500 dalam tempoh 4 jam di internet. Gambar-gambar restoran tersebut menunjukkan konsepnya lebih santai dan ianya lari daripada tanggapan orang ramai yang merasakan restoran ini berkonsepkan eksklusif dan mewah.
Apa yang menarik di Union Street Cafe:
Satu destinasi gudang bandar berhampiran Borough, menawarkan kualiti makanan inspirasi Mediterranean dengan menu berubah setiap hari, yang disediakan di dapur terbuka. Kesemua bahannya juga segar dan bermusim dari pembekal tempatan termasuk pasaran Borough berdekatan, serta bahan-bahan langsung diperoleh dari Mediterranean.