Mungkin jenama kasut antarabangsa dari Brazil iaitu Melissa kedengaran asing bagi anda,tetapi jenama kasut yang mula berada di hati peminat kasut tanahair ini kini tampil dengan koleksi terkini Cine Melissa. Koleksi Cine Melissa ini tampil dengan 6 kategori utama iaitu Premiere, Action, Comedy, Suspense, Drama dan Romance.
Untuk pengetahuan pembaca Wanista, kasut Melissa ini diperbuat daripada silikon lembut dan ianya berbau seperti gula-gula getah yang sangat wangi dan manis. Jadi ia sekaligus membuatkan kaki si pemakai berbau harum walaupun memakai kasut selama berjam-jam lamanya. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis kasut termasuklah sandal, pumps, boots, heels dan macam-macam lagi. Selain itu juga rekaan eksklusif kasut Melissa juga diperhalusi dengan kerjasama pereka fesyen terkenal dunia seperti Pedro Lourenço, Liberty Art Fabrics, Vivienne Westwood, Gareth Pugh, Campana Brothers, Jason Wu, Salinas, J.Maskrey dan juga Karl Lagerfeld yang buat pertama kalinya bekerjasama dengan industri fesyen Brazil.
Harga kasut di butik ini pula di antara RM259 ke atas dan koleksi kasut Melissa boleh didapati di Lot F-206A, 1st Floor, The Gardens Mall, Mid Valley atau layari https://www.facebook.com/MelissaShoesMalaysia
Gambar di sekitar butik Melissa di The Gardens Mid Valley