Menurut pihak SKMM, berkemungkinan mulai November ini, telefon bimbit yang dilaporkan dicuri dari pemilik asalnya dan dilaporkan pada pihak polis atau SKMM, tidak lagi boleh diguna pakai semula. Di dalam artikel akhbar KOSMO!, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi membangunkan satu sistem baharu yang dapat menyekat penggunaan semula semua jenis telefon yang telah dilaporkan dicuri. Kalau diikutkan, pihak syarikat telekomunikasi boleh menyekat atau block nombor siri IMEI pada telefon bimbit dan apa-apa kad sim tidak boleh diaktifkan. Maknanya, pengguna kena mendaftarkan IMEI (nombor siri )mereka selepas ini.
IKLAN