Bagi pembaca Wanista dan juga pengemar makanan ‘Pizza’ sesekali apa salahnya jika anda menikmati hidangan pizza di Restoran Kopitiam, ‘Premier Lounge’, Kolam Renang & ‘Room Service’ bertempat di Jalan Changkat Bukit Bintang, Hotel Radius International, Kuala Lumpur . Terdapat pelbagai jenis pizza yang boleh anda cuba di sini yang memang rasanya lain dari yang lain tau. Terdapat 8 jenis pizza yang ditawarkan untuk para penggemar pizza. Di antaranya termasuk ‘Roasted Vegetable Pizza’, ‘Pizza Margarita’, ‘3 Combo Pizza’, ‘Aloha Chicken Pizza’, ‘Beef Pepperoni Pizza’, ‘Seafood Pizza’, ‘Crab Sticks Pizza’ dan ‘Cheese Pizza’. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 25.00 untuk satu hidangan pizza. Murah bukan berbanding di tempat lain?
Promosi bermula dari 1 hingga 30 September 2013. Anda boleh menikmati hidangan pizza ini bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam iaitu 7 hari dalam seminggu. Tambah menarik setiap hidangan pizza ini dihidangkan dengan sentuhan inovatif oleh Sous Chef Azman Abd Rashid. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2715 3888 sambungan 8120.