Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Entertainment

[ Kecantikan / Review Produk ] Set Za Perfect Solution untuk kulit yang cantik, licin dan kelihatan muda sentiasa!

by Aida Sue
September 10, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Za Perfect Solution grp

Jenama ZA telah memperkenalkan produk baharu  Perfect Solution iaitu satu siri penjagaan kulit anti-penuaan yang berprestasi tinggi dengan bahan semula jadi yang menggunakan bahan ekstrak yuzu sitrus dan juga kolagen marin yang membantu mewujudkan kulit yang muda,anjal dan bebas kedut.

IKLAN

_JOS3206

_JOS3436 _JOS3466 _JOS3502 OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Set Za Perfect Solution terdiri daripada 4 produk – Perfect Solution Cleansing Foam, Perfect Solution Toner, Perfect Solution Moisturizer dan Perfect Solution Restoring Collagen Cream.Set ini akan melakukan penjagaan intensif di 3 bahagian utama muka (mata, pipi dan mulut) untuk sentiasa kelihatan muda,anjal, dan mengurangkan kedutan. Kajian telah mendapati bahawa 90% daripada 32 wanita Asia yang menggunakan Za Perfect Solution secara berterusan selama empat minggu menunjukkan kesan kedutan bertambah baik yangdisebabkan oleh kekeringan dan penuaan.

Perfect Solution Cleansing Foam

Za Perfect Solution Cleansing Foam 100g 100g ( RM24.90 ) adalah sejenis pembersihan yang menggunakan buih halus untuk membuang sel-sel kulit mati pada wajah dan meninggalkan kulit yang bersinar dan lembap. Ia meresap ke dalam kulit lalu membersihkan dari kekotoran tanpa menyebabkan tekanan kepada kulit.

Perfect Solution Toner

Datang dalam botol 125ml, yang Za Perfect Solution Toner ( RM26.90 ) adalah langkah seterusnya di dalam rangkaian set Za Perfect Solution ini.  Ia adalah losyen pelembap yang membuat kulit anda bertenaga dan lembut serta memberikan ketegangan dan keanjalan pada kulit wajah anda.  Produk ini menggunakan formula bertekstur lembap yang meresap ke dalam kulit dengan teliti dan meningkatkan keberkesanan produk penjagaan kulit selepasnya. Ini toner ini menggalakkan penghasilan kolagen dan asid hyaluronik yang mengetatkan kulit kendur.

Perfect Solution Moisturizer

Selepas menggunakan toner, gunakan pula Za Perfect Solution Moisturizer 125ml ( RM39.90 ), pelembap yang mengisi semula kelembapan kulit secara mendalam. Ia memberikan khasiat kepada kulit dan meratakan warna kulit dan memberikan impak anti oksian dan melancarkan peredaran darah.

IKLAN

Perfect Solution Restoring Collagen Cream

Langkah terakhir, sapukan Za Perfect Solution Restoring Collagen Cream 40g ( RM45.90 ) pada wajah. Krim ini mengandungi 7 trilion kapsul kolagen. Ia adalah krim kolagen yang berfungsi untuk membuat kedut dan mengekalkan kulit supaya kelihatan anjal, licin dan muda.  Integrasi semula jadi untuk memegang kapsul yang mengandungi kolagen dan kelembapan kulit, dan menggabungkan ia dengan Retinol palmitate, iaitu bahan yang berkesan dalam mengurangkan kemunculan kedut di sekitar mata,Perfect Solution Restoring Collagen Cream menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk kulit wanita khususnya di Asia.

 

Tags: [ Kecantikan / Review Produk ] Set Za Perfect Solution untuk kulit yang cantiklicin dan kelihatan muda sentiasa!produk kecantikanproduk zareview produkza perfect solution
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan