Filem kontroversi Tanda Putera hanya mendapat kutipan sekitar RM900,000 hingga RM1juta selepas tayangan yang bermula hampir 3 minggu lepas. Filem yang menelan belanja hampir RM4.5juta dengan dana kerajaan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba memaparkan suka duka kejadian benar yang pernah berlaku pada zaman kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail.
Menurut pengarahnya, beliau cukup berpuas hati dengan kutipan filem tersebut biarkan hanya 1/4 daripada kos penerbitan filem tersebut dan berharap agar tayangan filem tersebut boleh meningkatkan minat orang ramai terhadap filem tentang sejarah. Hari terakhir wajib tayang filem sejarah ini adalah pada esok hari.
Filem Tanda Putera dibarisi oleh pelakon berpengalaman iaitu Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi. Ia diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasinal (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).