Bayangkan sebanyak 6.8 juta tikus bersarang di sekitar Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan saja menjadi tumpuan masyarakat malah tumpuan haiwan perosak, tikus. Statistik ini didedahkan oleh Dewan Banadaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Malah, boleh dikatakan ianya merupakan berita yang mengejutkan sekali gus menunjukkan tikus lebih mendominasi daripada populasi penduduk di Kuala Lumpur. Jumlah besar tikus di Kuala Lumpur menjejaskan imej dan menggambarkan bandar raya yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit yang ‘high-end’ ini boleh dikatakan kotor.
Nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur yang bersamaan dengan empat ekor tikus sangat membimbangkan kerana umum mengetahui tikus adalah makhluk perosak yang membawa pelbagai penyakit merbahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut.
Walaupun tawaran RM1 atau RM2 bagi seekor tikus yang ditangkap oleh orang awam diberikan, namun tikus masih berleluasa. Hal ini ditambah lagi dengan kawasan penjaja haram dan segelintir pihak yang tidak menjalankan kutipan sampah.
Sinar Harian