Seorang bapa akhirnya dapat jumpa dengan anaknya selepas 27 tahun berpisah selepas menulis surat tentang anak perempuannya dan meninggalkan surat tersebut di tingkap sebuah kedai. Surat tersebut dikongsi oleh ramai orang di internet. Disebabkan itu juga, Michael Hogben yang kini berusia 71 tahun telah diberikan alamat anaknya selepas nota catatannya diketahui umum.
Antara isi surat yang ditulis Michael Hogben ialah ‘I am sorry Mandy, but I don’t know your married name. I have been searching for you for so many years and there is nothing or no one going to stop me finding you, because I have loved you and missed so much every minute of every day for all these years, so much I can feel you with me of the time, like you used to be. I need so much to see and talk to you, as I have missed so much of your life, perhaps it will take the pain away for all these years.
‘Please ring your Dad.’
Surat ini telah dilihat oleh orang awam lalu diletakkan di laman Facebook di mana ianya telah dikongsi lebih 95,000 orang. Malah, surat tersebut juga dipaparkan di Twitter.
‘Saya fikir mungkin dia fikir saya tidak peduli, tetapi hanya kerana kita tidak melihat satu sama lain tidak bermakna bahawa saya tidak, ” kata Michael Hogben kepada Metro. – sumber