Lelaki bernama Moru-Chan merupakan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepas bermain satu permainan komputer selama tiga bulan.
Moru-Chan memilih untuk habiskan masa lapang dengan bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars. Malah, kebiasaannya penggemar permainan komputer yang bermain dengan percuma tanpa meraih apa-apa pendapatan tetapi lelaki Jepun itu antara yang bertuah terpilih untuk menyara hidupnya dengan membunuh raksasa dalam alam fantasi permainan online.
Moru-Chan dipilih oleh sekumpulan pasukan pembangunan permainan Arch Age untuk menerima cek berjumlah 1 juta yen dengan menghabiskan tiga bulan tinggal di dalam sebuah apartment satu bilik disediakan oleh syarikat berkenaan. Beliau dikehendaki bermain permainan video berkenaan secara langsung dalam talian di sebuah laman video dikenali Niconico.
Beliau menghabiskan masa sepanjang malam di hadapan komputer bermain permainan berkenaan dan hari-harinya dihabiskan dengan tidur di atas sebuah tilam di atas lantai, memasak di dalam sebuah dapur kecil dan juga membasuh baju yang dipakai setiap hari. – sumber
Ini merupakan jadual harian Moru-Chan
12 p.m – bangun tidur, mandi, makan, basuh baju
3 p.m – mula main game
4 p.m – kemas kini blog peribadi
6 p.m – makan
7 p.m – main game
9 p.m – mula main game secara online
6 a.m – tidur
Rutin harian setiap hari