Kempen Light Blue iaitu sebuah Kisah Cinta Mediterranean yang diilhamkan oleh wangian Dolce & Gabbana yang terkini. Model Itali, Bianca Balti yang merupakan gadis klasik Mediterranean yang menggoda David Gandy , yang turut meraikan kempen Light Blue ketiganya. Wangian yang menawan dunia selama lebih satu dekad, aroma yang memenangi lebih dari 14 anugerah ini kembali dengan kempen di lautan biru Capri di bawah arahan Mario Testino .
Menurut Domenico Dolce dan Stefano Gabbana pula Bianca telah dipaparkan dalam banyak kempen Dolce & Gabbana sebelum ini dan ini pula merupakan kempen terbaharu gandingannya bersama David yang santai untuk wangian Light Blue. Apabila anda melihat kempen wangian terkini dari Dolce & Gabbana ini, ia seolah-oleh anda bermimpi menjunam ke dalam laut yang membiru, merasai kehangatan sinar matahari.. anda akan berasa bebas!
Untuk kempen kali ini, watak Bianca Balti ini menggambarkan seorang wanita elit Itali. Beliau mewakili kaum wanita untuk Dolce & Gabbana dan dia berkata wangian Light Blue adalah salah satu daripada wangian pertamanya dan apabial dia memakainya, dia rasa seolah-olah dibawa kembali ke Capri. Bianca juga sukakan wataknya di dalam kempen Blue Light, sangat feminin dan sentiasa berada dalam kawalan.
Para pereka eksekutif D&G bekerja rapat dengan Mario Testino untuk mewujudkan sambungan kisah kempen untuk wangian Light Blue. Kempen ini menggunakan rakit getah berwarna putih yang diletakkan di hadapan batu-batu terkenal Faraglioni di Capri dan terdapat adegan romantis di antara mereka berdua di dalam sut pakaian mandi putih. Bianca mengenakan bikini gaya 50-an seperti Elizabeth Taylor dan Jacqueline Kennedy.
Sudah pasti anda menggemari wangian istimewa terkini Light Blue 2013 dari Dolce & Gabbana ini kan? Berbau segar seperti berada di pantai Mediterranean dan mengasyikkan.
Wangian Dolce & Gabbana Light Blue 2013 kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga seperti berikut :
Biru Pour Femme 50ml RM 256
Biru Pour Homme 75ml EM 229
Ikuti pembikinan video kempen Wangian Dolce & Gabbana Light Blue 2013