Setiap ibu sudah sememangnya mengetahui yang susu merupakan elemen terpenting bagi anak mereka. Tahukah anda adalah disyorkan bahawa kanak-kanak harus minum dua gelas susu setiap hari untuk memberikan khasiat, tenaga yang secukupnya untuk tumbesaran anak-anak?
Tetapi ada kanak-kanak yang tidak gemar minum susu dan ini menjadi masalah bagi ibu bapa. Ini membuatkan pihak Cream-O Malaysia dan Geometry Global telah bekerjasama dengan Grey The Mug Cookie degan mencipta produk unik yang direka untuk menggalakkan kanak-kanak minum dua gelas susu setiap hari.
Cawan unik yang diberi nama The Mug Cookie ini diperbuat daripada biskut organik dan coklat gelap yang sihat , dan mengandungi jumlah gula yang betul yang diperlukan oleh kanak-kanak. Konsep cawan unik ini sangat mudah : Ia merupakan cawan yang boleh dimakan , dimana kanak-kanak perlu menuang susu di dalam cawan tersebut dan selepas air susu habis, cawan tersebut boleh dimakan. Cawan tersebut telah direka untuk melengkapkan diet harian kanak-kanak, dan sudah pasti ianya cara yang berkesan untuk memastikan anak-anak anda mendapat apa yang mereka perlukan. Pada masa ini, The Mug Cookie dipasarkan sebagai produk konsep edisi terhad dan eksklusif oleh pengeluar makanan ringan Jack ‘n Jill. Dibawah kami sertakan testimonial pelanggan yang berpuas hati dengan produk konsep ini.
Testimonial dari ibu bapa mengenai The Mug Cookie
“Anak-anak saya sukakan The Mug Cookie ini. Anak sulung saya memang tidak suka minum susu, jadi apabila saya memberinya cawan coklat ini untuk digunakan semasa meminum air susu, dia amat menyukainya. ” – Lee Ling, 27, Cheras
“Mug Cookie adalah cara yang terbaik untuk menggalakkan anak-anak untuk minum lebih banyak susu. Ia menyeronokkan,menyihatkan, dan kanak-kanak sukakan rasanya. “- Nor, 32, Shah Alam