Ketua komunis dan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah dibuang negara dan selama ini tinggal di Thailand, Chin Peng, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pagi tadi. Menurut akhbar Bangkok Post, beliau berusia 90 tahun semasa meninggal dunia.
Beliau meninggal dunia akibat usia tua dan telah diisytiharkan mati pada jam 6.20pagi tadi. Saudara-mara beliau akan melakukan upacara keagamaan untuk beliau pada hari Jumaat depan.
Chin Peng melakukan pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis.
Pemberontakan berakhir secara rasmi bpada tahun 1989 apabila kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM.
Dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali di Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar mendiang semasa hayatnya.