Siapa sini peminat filem aksi, mungkin berminat tonton filem ini…. Minggu lalu, penulis berpeluang menonton filem melayu arahan Lai Yuk Long bertajuk ‘DAMPAK’ yang menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan Farid Kamil, serta bintang bintang paling popular di tanahair iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin. Filem “Dampak” yang amat dinantikan ini akan ditayangkan di pawagam pawagam serantau negara dari 19hb September 2013.
Sinopsis : Filem “Dampak” mengisahkan kehidupan dan pengembaraan lima adik-beradik yang bermisi untuk membalas dendam terhadap musuh, kepada ayah angkat mereka seorang bekas ahli kongsi gelap yang mempunyai masa silam yang tersembunyi. Kedengarannya seperti jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.
Klasifikasi: U
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 19 September 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: Supreme Broadcast Intl Sdn Bhd
Pengarah: Andy Mak, Lai Yuk Long
Pelakon: Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Julianna Evans
Sepanjang penulis menonton filem Dampak, apa yang boleh penulis katakan kisah “Dampak” berdasarkan jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri antarabangsa. Filem ini mempunyai banyak babak aksi yang kadang-kala mendebarkan penonton. Malah, aksi yang dipertontonkan juga agak ngeri, sebagai contoh babak potong jari, peha dicucuk pisau, adegan bunuh-membunuh menggunakan pedang samurai, pertumpahan darah yang terlalu banyak serta pelbagai lagi. – *rasanya tak sesuai untuk golongan kanak-kanak kerana adegan aksi agak ganas.
TRAILER DAMPAK