Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Konsert Pelangi Untukmu penyanyi Ning Baizura ditunda ke 16 November depan

by Aida Sue
September 17, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

ning1 (1)

Untuk pengetahuan pembaca Wanista.com yang juga tidak sabar lagi ke konsert Pelangi Untukmu dari bintang terkenal Ning Baizura yang telah dijadualkan pada 21hb. September 2013… anda terpaksa menunggu kerana konsert Pelangi Untukmu terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013.

Menurut laporan yang telah diberikan kepada kami, tiada sebab utama yang diberikan namun menurut laporan it, penangguhan ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

IKLAN

“Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan.” Kata Ning Baizura.

Pihak penganjur memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian. Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui Tiket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Tags: konsert ning baizurakonsert ning baizura tundakonsert pelangi untukmu ditundaKonsert Pelangi Untukmu penyanyi Ning Baizura ditunda ke 16 November depanning baizurapelangi untukmu tangguhtiket konsert ning baizura
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan