Bagi anda yang ingin makan malam sambil menderma bersama penyanyi lelaki paling popular tanahair, Anuar Zain, ini merupakan satu peluang yang tidak boleh anda lepaskan. Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia akan mengadakan majlis makan malam eksklusif Malam Jalinan Mesra 2013 bersama Anuar Zain pada 19 Oktober 2013 ( Sabtu ) bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam.
Tema
Tema yang dipilih untuk majlis makan malam eksklusif ini adalah “Eksklusif Bersama Anuar Zain” dan juga bertepatan dengan Anuar Zain yang selama ini kekal sebagai penyanyi yang begitu eksklusif dari segi persembahannya yang mantap dan juga kisah perjalanan seni yang cukup hebat dan disegani.
Tujuan
Ia diadakan untuk mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Kelab Sukan Dan Kebajikan dan akan digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Ia merupakan aktiviti yang diadakan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ( KESPERB ) . Majlis ini juga mendapat kerjasama dari syarikat Sutera Qaseh Resources sebagai pengatur majlis agar lebih sempurna.
Penyanyi tersohor Anuar Zain akan mendendangkan sebanyak 5 hingga 7 buah lagu semasa acara itu berlansung sambil beramah mesra bersama para peminat. Konsep makan malam kali ini adalah intimasi dimana Anuar Zain akan menghiburkan peminat dan juga menjadikan makan malam ini medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama peminatnya.
Tempahan meja
Untuk tempahan, anda boleh hubungi Didi di talian 017-3577537, Imazara 017-4040001 dan pejabat 03-62064756. Menu adalah berkonsepkan makanan ala Cina. Harga meja bermula dari RM3,000 hingga RM30,000 untuk satu meja ( 10 orang)
- Platinum : RM30,000 ( terdapat juga sesi eksklusif Anuar Zain bersama peminat jika anda menempah meja platinum )
- Gold : RM10,000
- Pandora :RM7,000
- Swarovski : RM5,000
- Silver : RM3,000