Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Raja Swaziland bakal berkahwin dengan ratu cantik… dan merupakan isteri ke-14

by Aida Sue
September 18, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

king_mswati_swaziland

Raja yang terkenal dengan sikap gemar memperinsterikan gadis muda dan cantik iaitu Raja Swaziland, Mswati III telah memilih seorang peserta pertandingan ratu cantik berusia 18 tahun sebagai isterinya yang ke-14, kata seorang jurucakap istana semalam.

Mswati III yang berusia 45 tahun memperkenalkan bakal isterinya, Sindiswa Dlamini dalam satu acara kebudayaan tempatan dikenali sebagai Tarian Reed hujung minggu lalu. Gadis cantik berkenaan menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi St.Francis di ibu negara Swaziland di sini pada tahun lalu. Dia juga merupakan peserta pertandingan ratu cantik Miss Cultural Heritage. Pemenang pertandingan itu akan diumumkan pada 28 September ini.

IKLAN

460-swaziland2_801820c

Pemerintah Swaziland itu dikritik kerana mengamalkan cara hidup mewah, sedangkan penduduk negara itu rata-rata hidup dalam kemiskinan. Mswati III dilaporkan memiliki kekayaan peribadi mencecah AS$200 juta manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Swaziland hidup di bawah paras kemiskinan. Beliau sebelum ini menolak untuk mengadakan pembaharuan.

Mereka akan berkahwin hanya selepas tunang Mswati III hamil anak pemerintah berkenaan. Ketika itu, barulah Dlamini diisytihar sebagai isteri ke-14 Mswati III. Setakat ini, tiga isterinya telah meninggalkan istana. Terbaharu, Permaisuri LaGija lari dari istana pada 2012 selepas mendakwa beliau menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental selama bertahun-tahun. – AFP

Tags: kawin ramairaja kahwin ramairaja ramairaja swazilandRaja Swaziland bakal berkahwin dengan ratu cantik... dan merupakan isteri ke-14
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan