Menceritakan kejadian Sabtu lalu, sumber berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta pulang ke rumah jam 10 malam sebaik selesai bertugas. Apabila mangsa masuk ke dalam bilik, suaminya secara tiba-tiba menengkingnya memarahi mangsa kerana tidak mengemas rumah. Mangsa memberi alasan baru pulang bekerja belum sempat berbuat demikian. Berlaku pertengkaran menyebabkan si suami naik angin lalu membelasah mangsa,” katanya memberitahu mangsa sering dipukul lelaki terbabit sejak perkahwinan mereka lebih dua tahun lalu.
Tidak tahukah sang suami bahawa segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami. Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami iaitu menjaga anak, menyediakan makan-minum isteri, mengurus segala keperluan rumahtangga, mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan pelbagai lagi tugas. Isteri hanya bertanggungjawab membantu untuk meringankan beban sang suami.