Bintang pop terkenal dunia, Britney Spears berada di Las Vegas pada awal pagi semalam di dalam rancangan “Good Morning America “. Dia dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai persembahan PH Live di Planet Hollywood sebanyak 96 buah persembahan dimana beliau akan menerima pendapatan $15juta setiap tahun iaitu bersamaan $30juta ( RM100 juta ).
Persembahan Britney iaitu ” Piece of Me, ” dijangka bermula pada 27 Disember 2013 di PH Live Planet Hollywood, dan tiket mula dijual bermula Jumaat ini ( pemegang kad American Express , boleh membeli tiket sekarang). Ia adalah 96 buah pertunjukan lebih dua tahun, dengan fleksibiliti untuk membuat pertunjukkan di Eropah dan berkemungkinan mempunyai kontrak lanjutan.
Penyanyi yang tampil dengan single terbarunya iaitu “Work B****h” telah disambut secara kejutan oleh 1,300 kakitangan Caesars Entertainment yang memakai baju “Selamat datang, Britney” dan mereka telah di bawa ke destinasi yang tidak diketahui menggunakan 27 buah bas.