Sebuah universiti di Amerika telah dipaksa untuk mengeluarkan bola ‘wrecking ball’ atas sebab-sebab keselamatan selepas pelajar di universiti telah naik ke atas bola tersebut dan meniru aksi Miley Cyrus dalam muzik video yang penuh dengan kontroversi “WRECKING BALL”.
Berikutan muzik video tersebut mendapat hit yang tinggi, para pelajar dari Michigan Grand Valley State University (GVSU) memulakan penggambaran dan mengambil gambar diri mereka bertelanjang di atas bola tersebut. Dan disebabkan ianya berleluasa pihak GVSU telah mengeluarkan bola tersebut.
‘Kami sangat bimbang akan keselamatan para pelajar, jadi kami memilih untuk mengeluarkan bola agar keselamatan terjaga,” kata pegawai jabatan Tim Thimmesch.
Walaubagaimanaun, keputusan tersebut mendatangkan kemarahan di kalangan alumni lalu menyebabkan mereka mengadakan protes demonstrasi di bekas tapak bola ‘wrecking ball’ atau lebih dikenali sebagai karya seni ‘Untitled’ oleh artis tempatan Dale Eldred. Seorang pelajar yang mengambil bahagian dalam demonstrasi, termasuk 200 orang pelajar turut serta menyanyikan lagu ‘wrecking ball’. Pihak universiti menyifatkan ianya sesuatu kejadian yang dasyat dan mereka memutuskan dengan tindakan mengeluarkan bola tersebut. – sumber