Menurut laporan akhbar Kosmo! secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan. Maknanya kalau dalam setahun ada kira-kira 12,000 rakyat Malaysia berkahwin Songkla iaitu seramai 6,000 pasangan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.
Menurut beliau lagi, jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini.Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan.
Rata-rata mereka yang berkahwin di selatan Thailand ini adalah mereka yang ingin berkahwin lagi satu atau poligami dan tidak mustahil kes penceraian ataupun masalah rumah tangga semakin meruncing jika semakin ramai warga Malaysia yang tidak bertanggungjawab berkahwin ramai tanpa memikirkan risiko selepas kahwin kelak. Adakah anda bersetuju jika proses perkahwinan di Malaysia dipermudahkan? Atau bagaimana?